Hampir RM1.5 bilion atau kira-kira 28.15 peratus daripada agihan peruntukan RM5.25 bilion bagi 1,098 projek yang diluluskan dalam rolling plan kedua Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sehingga 12 Jun lalu.<br /><br />Jumlah itu dilihat tidak jauh daripada prestasi nasional yang kini telah mencapai 36.8 peratus.<br /><br />Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berharap kerajaan negeri dapat mengatasi prestasi nasional itu dengan memastikan projek pembangunan di sabah dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan.